Field Trip USA

Field Trip USA ialah sebuah rancangan informasi yang diterbit oleh Primeworks Studios untuk 8TV dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan AFS Antarabudaya Malaysia. Rancangan ini mengisahkan 40 orang pelajar institusi pendidikan tinggi Malaysia (hanya lapan orang yang dipertontonkan) yang dihantar ke Amerika Syarikat selama enam bulan untuk mengalami suasana persekolahan dan kebudayaan di sana sebagai program pertukaran "Youth Exchange and Study Programmes" (YES) yang dianjurkan pihak-pihak berkenaan. Field Trip USA diacarakan oleh Qushairi Razali yang pernah mengacarakan Destinasi Bajet.